Kelemahan Organ tiruan

  • Perekaan bentuk dan cipta sesuatu organ tiruan yang mirip dengan organ sebenar sangat sukar dilakukan kerana banyak fungsi organ-organ dalaman tidak mampu ditiru. Sebagai contoh, hati manusia menjalankan lebih 500 tindak balas kimia, dan ini menyebabkan banyak fungsi hati yang tidak boleh ditiru secara buatan.
  • Organ tiruan yang direka mempunyai fungsi yang terhad. Sejauh mana sekalipun teknologi manusia, tiada tiruan yang dapat meniru 100% organ yang asli.
  • Organ tiruan juga tidak boleh bertindak balas dengan sebarang perubahan fizikal dan persekitaran mekanikal seperti tisu biologi dan organ.